TERMA DAN SYARAT

Selamat datang ke pixtorprint.my. Laman web ini disediakan oleh PIXTOR SOLUTION sebagai
perkhidmatan kepada pelanggan kami. Sila semak peraturan berikut yang mengawal penggunaan
laman sesawang pixtorprint.my anda.

Sila ambil perhatian bahawa penggunaan anda ke atas lama sesawang pixtorprint.my (“Laman”)
merupakan persetujuan tanpa syarat anda untuk mengikuti dan terikat dengan Terma dan Syarat
ini. Walaupun anda boleh “menanda buku (bookmark)” bahagian tertentu Laman ini dan dengan
itu memintas Perjanjian ini, penggunaan Laman ini oleh anda masih mengikat anda pada Terma
dan Syarat ini. PIXTOR berhak untuk mengemas kini atau mengubah suai Terma dan Syarat ini
pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada anda, dan kami menggalakkan anda
menyemak Terma dan Syarat ini apabila anda menggunakan Laman ini.

 

 

TERMA DAN SYARAT BAGI BAHAN / MATERIAL /
ARTWORK YANG DITERIMA DARIPADA ANDA

 

1. FAIL ARTWORK

➢ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi keadaan tertentu di luar kawalan kami dan kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara berikut:-
▪ Kesilapan ejaan, tanda baca atau tatabahasa yang diserahkan oleh anda;
▪ Kualiti rendah atau resolusi imej yang rendah;
▪ Ralat dalam pemilihan produk yang dipilih oleh anda seperti jenis produk, saiz, pilihan kemasan atau kuantiti;
▪ Jaminan padanan warna;
▪ Jika fail “artwork” tidak diterima oleh pihak kami atau tidak memenuhi standard kami atau sebarang masalah lain yang terpaksa menahan pesanan anda, hari pemproses akan dilanjutkan sehingga fail artwork diterima; dan
▪ Sekiranya fail artwork yang diterima dan tidak memenuhi standard kami, namun telah dicetak, pihak kami tidak akan bertanggungjawab seperti mencetak semula, membayar ganti rugi dan membayar pulangan bayaran.

➢ Anda adalah TIDAK BOLEH memuat naik sebarang artwork yang terdiri daripada bahan berikut:
▪ Apa-apa bahan yang boleh menimbulkan sebarang liabiliti sivil atau jenayah dibawah mana-mana peruntukan undang-undang yang termaktub; dan
▪ Apa-apa bahan yang melanggar hak privasi, hak cipta atau hak harta intelek tanpa kebenaran pemilik hak.

➢ Anda bertanggungjawab ke atas fail artwork anda, dan anda hendaklah meneliti semua fail sebelum menyerahkan kepada pihak kami

➢ Pihak kami tidak menyimpan sebarang bentuk salinan “artwork” yang diberikan, menjadi tanggungjawab anda untuk menyertakan “artwork” pada setiap tempah yang dibuat.

2. BAHAN (MATERIAL)

➢ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi keadaan tertentu di luar kawalan kami dan kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara berikut:-
▪ Kecacatan atau kerosakan yang berlaku semasa penerimaan.
▪ Kualiti bahan yang rendah.
▪ Jaminan kesesuaian bahan cetakan di atas bahan yang diterima.
▪ Sekiranya bahan / material yang diterima tidak memenuhi standard kami atau sebarang masalah, pihak kami tidak akan bertanggungjawab seperti menganti semula bahan, membayar ganti rugi dan membuat cetakan semula.

TERMA DAN SYARAT LAIN

3. REKAGRAFIK (DESIGN)

➢ Rekagrafik sedia ada (Ready Made)
▪ Pihak kami menyediakan katalog rekagrafik sedia ada (ready-made) bergantung pada jenis produk yang tertentu sahaja
▪ Setiap rekagrafik sedia ada (ready-made), anda dibenarkan untuk membuat suntingan / pindaan (editing) dari segi tulisan, grafik, warna, penggunaan gambar dan sebagainya tertakluk kepada hak cipta

➢ Rekagrafik tersuai (custom)
▪ Perkhidmatan rekagrafik tersuai (custom) bermaksud rekagrafik yang baharu mengikut kehendak anda atau kreativiti pasukan rekagrafik kami
▪ Setiap rekagrafik adalah terhad mengikut kemampuan pasukan rekagrafik kami
▪ Anda dikehendaki memberi Kerjasama sepanjang proses rekagrafik dilaksanakan
▪ Setiap suntingan / pindaan (editing) adalah terhad, tertakluk kepada persetujuan Bersama

➢ Setiap rekagrafik akan dikenakan caj bermula RM50 dan ke atas (tertakluk kepada kerumitan rekagrafik)
➢ Rekagrafik akan dimulakan selepas bayaran penuh diterima
➢ Sebarang suntingan / pindaan (editing) rekagrafik yang telah siap dan telah dihantar cetakan tidak akan dilayan
➢ Untuk memperolehi Salinan digital, anda dikehendaki membuat bayaran penuh mengikut harga yang telah ditetapkan
➢ Sebarang pembatalan perkhidmatan rekagrafik selepas proses telah dilakukan tidak akan dilayan dan tiada pulangan wang akan dilakukan.
➢ Tempoh siap rekagrafik adalah tertakluk kepada kerumitan dan Kerjasama anda
➢ pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kesilapan maklumat, ejaan selepas pengesahan daripada anda diterima, anda dinasihati agar meneliti semua maklumat, tulisan, gambar dan apa-apa perkara berkaitan rekagrafik sebelum disahkan dan dihantar untuk cetakan.

 

4. TEMPAHAN

➢ Semua tempahan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau kaunter (walk-in).
➢ Sebarang pindaan jumlah tempahan selepas tempahan diterima akan dikira sebagai tempahan baharu.
➢ Tempahan yang diterima selepas jam 3.00 petang akan dikira sebagai tempahan keesokan harinya
➢ Sebarang tempahan segera (urgent) tertakluk kepada persetujuan Bersama
➢ Kami berhak menolak sebarang tempahan urgent yang telah dibuat jika tiada perbincangan dengan kami terlebih dahulu
➢ Untuk tempahan segera hanya bayaran tunai dan bayaran penuh sahaja diterima
➢ sekiranya pelanggan mahu mengubah status tempahan biasa kepada segera selepas pembayaran harga biasa dibuat, kami hanya akan memproses tempahan segera tersebut jika slot pengiliran segera masih ada dan tambahan wang perlu dibayar penuh (jika ada). Namun jika kami tidak dapat memenuhi tempahan segera kerana pengiliran tempahan yang padat, tempahan segera tersebut tidak akan dilayan dan tempahan tidak boleh dibatalkan, tiada pemulangan wang akan dilakukan

 

5. TEMPOH SIAP

➢ Tempoh siap adalah tertakluk kepada jenis produk yang ditempah
➢ Tempoh siap tertakluk kepada hari operasi perniagaan (tidak termasuk hari sabtu, ahad dan cuti umum)
➢ Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan tempoh siap disebabkan oleh masalah kelewatan bayaran
➢ Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan yang berlaku akibat diluar kawalan kami seperti ketiadaan stok, keadaan cuaca dan pengiliran, tempahan awal adalah digalakan.

 

6. BAYARAN

➢ Semua urusan bayaran dilaksanakan dalam Ringgit Malaysia (RM)
➢ Setiap tempahan hendaklah dibayar wang pendahuluan (deposit) sebanyak 50%
➢ Untuk tempahan atas talian laman sesawang perlu membayar penuh sebelum tempahan diterima.
➢ Untuk tempahan segera (Urgent) hanya bayaran penuh tunai sebelum tempahan diterima.
➢ Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum/semasa barang dipos/ambil/pasang.
➢ Sekiranya baki bayaran gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan pihak kami akan membuat tuntutan secara guaman mengikut peruntukan undang-undang dan segala kos guaman akan ditanggung oleh anda.
➢ Sebarang pembayaran secara atas talian (online) atau mesin deposit hendaklah disertakan Salinan resit pembayaran sebagai bukti. Tanpa Salinan resit bayaran dikira bayaran tidak diterima.
➢ Bagi bayaran secara cek, tempahan akan mula apabila cek telah ditunaikan dan tempoh siap akan dikira mulai tarikh cek ditunaikan.

 

7. PEMBATALAN TEMPAHAN

➢ Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses cetakan belum dilaksanakan.
➢ Pembatalan yang dibuat setelah proses cetakan bermula, deposit bayaran tidak akan dikembalikan.
➢ Sila pastikan anda menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan butiran sebelum pembayaran dibuat.

 

8. PRODUK & PERKHIDMATAN

➢ Produk yang ditawarkan adalah tertakluk kepada kewujudan stok
➢ Pihak kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa tanpa sebarang notis makluman.
➢ Harga produk adalah mengikut harga semasa tempahan yang dibuat.
➢ Warna cetakan adalah tertakluk kepada jenis cetakan dan jenis kertas cetakan yang dipilih, Warna yang dipaparkan pada skrin komputer adalah tidak akan sama sepenuhnya dengan warna cetakan.
➢ Ukuran yang dinyatakan dalam spesifikasi tidaklah 100% tepat dan tertakluk kepada kesesuaian produk.

 

9. PENGHANTARAN

➢ Penghantaran produk adalah tertakluk kepada anda, boleh secara ambil sendiri (pick-up) di premis kami atau secara pos.
➢ Untuk penghantaran secara pos akan dilaksanakan 1 hari selepas barang siap, sekiranya berlaku kelewatan atau kerosakan pada produk, anda dikehendaki menghubungi pihak kurier yang terbabit.

 

10. PEMASANGAN

➢ Setiap kos pemasangan barang tempahan yang dibuat oleh pihak kami akan ditanggung oleh anda.
➢ Kami tidak akan bertanggunjawab ke atas kelewatan, tempoh masa siap dan apa jua keadaan sekiranya peralatan untuk pemasangan disediakan oleh anda.
➢ Pihak kami berhak untuk menolak menggunakan peralatan pemasangan yang disediakan oleh anda, dan kos untuk penggunaan peralatan yang diuruskan oleh pihak kami akan ditanggung sepenuhnya oleh anda.
➢ Kami juga tidak akan bertanggunjawab ke atas apa-apa kerosakan yang berlaku pada produk selepas 7 hari (berturut-turut) mulai tarikh pemasangan dibuat (kecuali banner dan bunting tidak akan bertanggung jawab selepas 1 hari pemasangan kerana faktor
cuaca.).
➢ Sekiranya pihak anda mahu pihak kami memperbaiki kerosakan selepas tempoh 7 hari, pihak anda bertanggungjawab membuat bayaran penuh sebelum kerja-kerja baikpulih dilaksanakan.
➢ Tempoh masa pemasangan hendaklah dipersetujui Bersama, sebarang kelewatan yang berlaku diluar kawalan seperti keadaan cuaca semasa, kami tidak akan bertanggungjawab.
➢ Semua permohonan dan kos membabitkan permit / kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dibawah tanggungjawab anda.

11. JANGKAAN UMUM CETAKAN

➢Warna cetakan adalah terhad pada kemampuan mesin kami, mesin-mesin inkjet, digital, offset bergantung pada waktu, konfigurasi, material dan lain-lain faktor.
▪ Ketepatan warna TIDAK DIJAMIN 100% sama seperti skrin komputer atau telefon anda.
▪ Kumpulan cetak (batch by batch print) atau ulang cetak TIDAK DIJAMIN sama warna/keluaran. Ini kerana gang-print run akan mempengaruhi kualiti cetakan, walau bagaimana pun kami sangat komited memberikan hasil yang terbaik.
▪ Cetakan warna bergantung pada format fail yang anda berikan.
▪ Fail RGB akan ditukar format ke CMYK atau bersesuai tanpa notis dan ia akan mempengaruhi hasil cetakan.

➢Potongan material
▪ Semua mesin mempunyai ralat margin (margin error) sebanyak ±1.5mm (digital & offset)
▪ Tempahan inkjet akan mempunyai ralat margin (margin error) sebanyak ± 1.5inci

12. BAYARAN BALIK

➢ Setiap tempahan yang diterima dan telah diproses untuk cetakan tidak akan dibayar semula.
➢ Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran semula sekiranya rosak, lewat, kehabisan stok atau apa jua keadaan yang diluar kawalan kami.
➢ Jika proses cetakan/reka grafik belum dibuat dan anda hendak membatalkan tempahan, bayaran balik akan dilakukan dalam masa 14 hari (waktu bekerja).
➢ Bagi tempahan atas talian di laman sesawang, bayaran balik akan dilakukan dalam bentuk kredit.
➢ Bayaran balik untuk kerja design tidak akan dipulangkan sekiranya kerja-kerja design telah mula walaupun tempahan produk dibatalkan.
➢Jika terdapat kesilapan dari pihak kami, anda boleh memohon bayaran balik dengan memulangkan kesemua barangan seperti yang anda dapat. Jika barang yang kami terima cacat/kurang/rosak atau lain-lain. Bayaran balik tidak akan dilakukan.

➢Permintaan bayaran balik (refund) / cetak semula hanya boleh dilakukan dalam masa 7 hari selepas terima barang, anda digalakkan menyemak tempahan anda sewaktu menerima/mengambil barang, selepas 7 hari, sebarang permintaan tidak akan dilayan.

 

 

SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT BAYARAN BAGI SETIAP TEMPAHAN YANG DIBUAT, ANDA
DENGAN INI TELAH BERSETUJU DAN TERTAKLUK DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG DITETAPKAN
OLEH SYARIKAT KAMI, PIHAK KAMI BERHAK MEMINDA MANA-MANA TERMA DAN SYARAT TANPA
SEBARANG NOTIS MAKLUMAN