Semuanya tentang cara tempahan banner, bunting, & backdrop tarpaulin

Supaya tempahan anda lebih pantas, pastikan anda telah bersedia dengan:
1. Saiz yang anda hendak tempah.
2. Fail design yang betul.
3. Jika anda perlukan khidmat design kami, pastikan semua info dan bahan (gambar) telah disediakan.
4. Anda tahu jenis kemasan (tali/lubang/kayu/pipe) yang anda perlukan.

Size Guide

Kualiti.
1. Kami mempunyai pelbagai jenis kualiti. Contoh,

280gsm = Sedikit nipis, sesuai untuk jangka pendek 1 bulan, sangat sesuai untuk majlis, perayaan, pilihan raya dan lain-lain kegunaan yang tidak lebih 1-2 bulan

380gsm = Tebal, tahan lebih kurang 6-12 bulan bergantung pada cuaca. Jenis ini paling banyak digunakan.

Ink = Walaupun anda pilih ketebalan berbeza, kami tetap menggunakan mesin dan ink yang sama, ink yang kami gunakan adalah dari taiwan, ianya lebih cantik berbanding jenama lain dan ketahan sehingga 6 bulan bergantung pada cuaca.

Kiraan Harga.
1. Harga adalah dikira berdasarkan kaki persegi + cara kemasan (finishing) + tempoh siap.
2. Untuk lebih lanjut anda boleh lihat di product page kami atau klik disini.

Fail design sendiri
1. Format mesti dalam CMYK 72 dpi untuk saiz biasa, dan 50 dpi untuk saiz lebih dari 300 sqft.
2. Fail perlu disediakan dalam bentuk jpeg, png, atau pdf sahaja.
3. Pastikan saiz design diberikan dalam saiz sebenar atau ratio yang betul.
4. Fail akan disemak dahulu oleh team kami untuk memastikan ianya boleh dicetak, walaubagaimana pun, kami tidak akan menyemak dari segi warna, ejaan (typo) dan lain-lain. Fail yang tidak boleh dicetak akan diberitahu, dan anda perlu menghantar fail yang baru.
5. Jika anda menggunakan canva, pastikan ratio design adalah betul. Anda boleh download dalam bentuk pdf atau berikan kami link canva tersebut.

Tempoh Siap.
1. Tempoh siap akan bermula dikira selepas team kami menyemak fail anda dan pembayaran dibuat.
2. Tempoh siap boleh dipilih semasa anda masukkan saiz di product page disini.
3. Jika fail anda mempunyai masalah, team kami akan hubungi anda dan masa tempahan akan dilanjutkan sehingga fail baru diterima.